Sunday, 9 September 2012

Proses Perubahan Keadaan Bahan

Jom kita tengok nota ni..semoga mudah faham

1) Peleburan : pepejal kepada cecair (ais ----> air) (suhu 0 darjah  celsius )
2) Penyejatan: Cecair kepada gas (air ---> wap air) (tiada suhu yang tetap)
3) Pendidihan: cecair kepada gas (air ----> wap air) (suhu 100 darjah  celsius )
4)kondensasi : gas kepada cecair (wap air ----> air) (tiada suhu yang tetap)
5) pembekuan : cecair kepada pepejal (air ---> ais) (shu 0 darjah  celsius )

contoh yang akan diterangkan di sini adalah untuk : kondensasi; nama pun pelik kan?  tapi Sains ni mudah je

contohnya: apabila kita merasa titisan air di luar gelas.
contoh lain, cuba perhatikan apabila air sedang mendidih..
kondensasi turut berlaku
                
sebab ---> apabila wap air (gas) menjadi sejuk, wap air akan bertukar menjadi titisan air.

penyejatan? banyak contoh tentang penyejatan dalam kehidupan harian..contohnya, baju yang dijemur menjadi kering di ampaian.
cuba fikirkan contoh lain..
air sungai menjadi surut
  bagaimana pula proses pembekuan, peleburan dan pendidihan?
ketiga-tiga proses ini melibatkan suhu.
contoh peleburan, ais jadi cair. Kalau pembekuan, air menjadi ais, manakala untuk pendidihan, air dipanaskan dan menjadi wap air. 
*berhati-hati sewaktu mendidihkan air kerana suhunya adalah 100darjah celsius.*

No comments:

Post a Comment